Shahril Hamdan melontarkan cabaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti sekiranya bekas Perdana Menteri merasakan parti UMNO 'jahat' dan perlu ditewaskan.<br /><br />Ketua Penerangan UMNO itu berkata demikian selepas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan kritikan terhadap UMNO dan menyeru agar parti terbesar orang Melayu itu ditolak sepenuhnya.